Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannnya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya…
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya….
Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna…..
Bersahabatlah kerana ALLAH!
*actually,puisi nihhh aku dapat dari sekeping flyers yang telah diberikan kt aku tyme nak g amik wuduk tadi....n aku tertarik dgn bait puisi nihhh...tros aku bercadang nak kongsi dgn sesapa yang membaca entry ni....sebab bagi aku,kawan...rakan....sahabat... frenz....adalah insan yang penting dalam hidup aku...insan yang mnolong aku mewarnakan kehidupan seharian aku.....