Friday, April 22, 2011

sebagai insan istimewa dalam hatiku...

Firma Allah yang bermaksud
“Dan kami wasiatkan kepada manusia , terhadap ibu bapanya. Ibunya yang mengandungkannya dengan(menderita) kelemahan atas kelemahan  dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu):bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.” (SurahAl- Luqman ayat 14).
Hanya ALLAH mampu membalas jasa dan bakti seorang ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah mengeluh biladitimpa kesusahan demi anak tersayang.

“ibu bapa mampu memelihara 10 orang anak untuk masa bertahun-tahun…tetapi, adakah seorang anak mampu menjaga kedua orang tuanya dalam seminggu apabila mereka tua kelak??tanya diri sendiri…mampukah kita? Melakukan sepertimana mereka lakukan kepada kita kecil…..”

Renungkan seketika……
Ketika kita sakit…siapa yang kita cari untuk mengadu??
Ketika kita tension..stress….suara siapa yang kita nak dengar??
Ketika kita ditimpa kesusahan…siapa yang terlintas di fikiran??
Ketika kita ada masalah…siapa yang kita cari untuk bercerita??
Ketika kita sedih…siapa yang kita nak peluk??

Yang pasti…..apa pun panggilan untuk insan istimewa ini….
MAMA….MAK….IBU…UMI…..MUMMY….木乃伊... मम्मी

Insan inilah yang kita perlukan……
Mengurangkan kesakitan.
Mengurangkan ketegangan.
Mengurangkan kesusahan.
Mengurangkan bebanan.
Mengurangkan kesedihan..


jika yang masih berkesempatan,hargailah insan istimewa ini. ada masa telefonlah....jika ada didepan mata, peluklah dia......

motif: mama,dayah rindu mama...dayah nk tido ats riba mama...dayah tensen sgt2 skang....dayah nk peluk mama ketat2.....(@_@)


I LOVE U, MAMA!!!!!!



No comments:

Post a Comment