Monday, December 12, 2011

untung laaa~~

BERATNYA DOSA LELAKI


LELAKI


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang 


 ditanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang


 belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup 


aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia 


tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, 


manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat 


baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 


BERATKAN??




Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh 


membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan 


pendapatan isteri tanpa izin.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak 


dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu 


sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki 


mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian 


laa...jangan percaya sangat)


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki 


kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



WANITA :


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila 


mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima 


pusaka kurang dari lelaki.


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di 


tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan 


nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok 


dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah 


bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari 


bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan 


tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu 


menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia 


didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan 


matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH 


(dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:


1. ibunya ,

2. isterinya ,


3.anak perempuannya , dan


4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:


1. suaminya,


2. ayahnya,


3. anak lelakinya dan


4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg 


disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:


1. sembahyang 5 waktu


2. puasa di bulan Ramadhan


3. taat suaminya dan


4. menjaga kehormatannya .




Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya 


serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti 


pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi 


ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab 


itu DIA mengangkat kamu menjadi


pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-


baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam 


keadaan istimewa disisiNYA..





"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan 


ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya 


hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan 


sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan 


yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya 


sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "....

No comments:

Post a Comment