1. SIKAP KEIBUAN
banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika stress, cemas,gelisah dan senang.
2. keanak-anakkan
sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakkan yang menyenangkan. misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
sikap penuh pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang sesuai untuk berbincang masalah da sebagainya.
4. menghargai
wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,bersih,kemas dan menarik. penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. dia akan murah dengan senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik pada dirinya. dia suka dan bersyukur dengan dirinyaa dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki menyukainya. apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak?
lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. dia juga tahu menjadi pendengar yang baik serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
credit to : pemanisKATA
No comments:
Post a Comment